Thursday, November 28, 2013
A reminder that always stay in my heart
Assalamualaikum and hai awak.Shaa bersyukur sebab masih mampu bernafas pada pagi.Shaa bersyukur sebab diberi peluang untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan tipu daya ni.Jujur shaa cakap kadang-kadang shaa takut kalau shaa tak mampu untuk melihat dunia untuk hari esok.Shaa takut sebab shaa masih belum cukup mengumpul amal untuk menjadi peneman dihari perhitungan.Shaa berusaha untuk berubah setiap hari.Shaa cuba sedaya upaya untuk bangun menjadi seorang muslimah berjaya.Tapi banyak halangan yang datang bila peluang untuk mencapai impian tu tiba..Munkin orang ramai fikir shaa hanya seorang gadis yang tak pernah fikir tentang hari yang mendatang.Tapi realitinya setiap detik hidup,setiap hembusan nafas ni menjadi saksi bahawa shaa berusaha untuk menjadi lebih baik sebagai persedian sebelum tarikh yang bakal menarik roh pergi dari jasad ini buat selama-lamanya.Pandangan dan kritikan orang tentang kehidupan kita kadangkala menjadi cabaran dalam menjadi seorang insan yang lebih baik..Manusia lebih terdorong untuk mengikut kata kawan daripada kata hati kerana munkin mereka bimbang akan sendirian sekiranya tidak mengikut kata-kata dari seorang kawan.Tapi pada hakikatnya,percayalah bahawa kawan itu boleh menjadi lawan.Kepercayaan kita kepada kawan kita tidak boleh melibihi 50%.Shaa pernah alami sendiri kejadian yang meninggalkan luka yang dalam dekat hati ini.Semakin awak percaya dengan kawan awak semakin awak akan hanyut dalam perangkap yang akan memalukan diri sendiri.Percayalahh ini lah kehidupan sebenar kita ..Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment